Friday, December 31, 2010

~:: Nilai kepuasan di Pasar Kemboja ::~

Assalamualaikum semua.harap2 sihat-sihat belaka. Baru-baru ni, sy ke Pasar Kemboja di Pekan bersama Ashikin (shbt seperjuangan yang sy kenali sejak zaman sekolah rendah). Kenapa Kemboja yang dpt nama?haha..nak tau knp? Sebabnya majoriti peniaga di situ org kemboja. Kebanyakan mrk menjual pakaian. Klu di Pekan Sehari Kuantan harga tudung RM 20 ke atas, tp kt Pasar Kemboja ni blh dpt RM 10-12 je sehelai. Tu yang tudung  labuh tu. Sgt murah..Jadi, tak rugi la berbelanja di situ.Tp, rugi jgk klu setakat nk beli sehelai tudung kt Pekan tu..haha. Bazir minyak kete je..keh3..Tp Shikin cite stp kali die ke Pekan, memg xpernah miss ke Pasar kemboja tu. Ade je mende yang nk di belinya. Byknye duit kamu shikin..belanja sy!! hu~ Pada mulanya kami nak window shopping je. Tp bile dah pegang tudung tu, tetiba je tgn ni meraba2 duit yang berterabur dlm handbag.ceh, mcm byk je duit.padahal mse tu ade rm 10 x 5= rm50..hehe Hurm, yang seronoknya mse di Pasar tu, kami jumpa Pn.Arlina, guru kelas kami masa di kelas 3Arif di SKCenderawasih. Guru Mate yang sgt tegas tu membuatkan sy sentiasa mengecil-ngecilkan diri yang sedia kecil semasa kelasnya. Bukan apa, stp kali kelasnya mesti sy di panggil ke depan utk selesaikan soalan Mate. Sgt tidak suke..Malu klu jwpn tu salah..haha. Tp lama-lama Matematik menjadi subjek yang paling di minati. Sampai ke hari ni..Terima Kasih Cikgu. Cikgu kata sy byk berubah. Yang ketara adalah ketinggian..hehe. betul ke?..sgt seronok! Haaa, kembali pd cite Pasar Kemboja td..setelah habis semua gerai kami pusing, barulah terasa penat, baru fikir nak balik.Hujan yang mula turun membuatkan kami segan untuk keluar dari pasar. Namun kami gagahi juga dgn berpayungkan 2 plastik besar berwarna oren yang sempat di ambil dari seorang peniaga pakaian di situ. "Paeh, jalan slow2 ye.slipar licin ni.." pesan shikin tatkala melihat sy berjalan laju ke hadapan..Sy kembali berjalan seiring dengannya. "Laju la sikit shikin. Hujan makin lebat ni...Alamak shikin, kenapa org kt TrafficLight semua pandang kita?" tanya sy sambil memegang erat lengan shikin kerana kesejukan. "Entah, kenapa ye? "tanya shikin kembali sambil membetulkan beg plastik berisi tudung yang dibeli tadi. Setelah melintasi TrafficLight, baru kami sedar, hanya kami sahaja yang meredah hujan dengan berpayungkan 2 plastik besar. Orang ramai yang berjalan kaki di sekeliling kami masih berjalan perlahan-lahan meredah hujan. Ada yang sempat berhenti berbual bersama rakan-rakan mereka di tengah2 kehujanan. "Pelik betul mereka ni. Tak takut demam ke kena hujan?" bisik sy perlahan. Sebenarnya tujuan kami ke Pekan bukanlah semata-mata untuk ke Pasar Kemboja. Tapi nak melawat kedai Mak Saudara Ashikin a.k.a Mak De yang juga jiran sebelah rumah sy. Kira saudara jgk la dengan sy..hehe..Sampai saja di kedai Mak De,kami terus menghela nafas lega sambil melipat plastik tadi. Tp apa yang kami dapat sebenarnya ke Pasar td? kepuasan membeli atau berjalan? kepuasan itu sebenarnya hanya seketika. Kepuasan yang sebenar adalah ucapan terima kasih kami buat Pn.Arlina. Terima kasih sekali lagi untuk cikgu. Cikgu pendokong semangat kami untuk berjaya..

p/s: Ucaplah terima kasih kepada mereka yang pernah menyampaikan ilmu kpd kita Especially guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan.

Terima kasih untuk semua~

Thursday, December 2, 2010

~:: Ciri-ciri Ekonomi Islam dan Perbezaannya dengan ekonomi lain ::~

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

InsyaAllah kali ini, saya akan menerangkan sedikit sebanyak berkenaan dengan Ekonomi Islam. Apakah itu Ekonomi Islam? dan apakah perbezaannya dengan ekonomi-ekonomi lain? Bagaimana pula dengan ciri-ciri Ekonomi Islam?? Mari sama-sama kita kaji.. 




Maksud Ekonomi Islam: Fahaman atau ideologi ekonomi dalam Islam atau kesemua prinsip-prinsip umum ekonomi yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah sesuai dengan setiap keadaan dan zaman.

Perbezaan Ekonomi Islam dengan Ekonomi lain.
1. Sistem ekonomi konvensional hanya mementingkan matlamat harta kebendaan. Antara ekonomi konvensional adalah seperti berikut:
i.        Ekonomi Kapitalis: Matlamatnya adalah untuk memberikan hak sepenuhnya kepada individu untuk mengaut keuntungan semaksima yang mungkin. Dan bebas dalam mengusahakan harta mereka.
ii.      Ekonomi Sosialis (Komunis): Matlamatnya adalah untuk memberikan hak kesamarataan kepada semua masyarakat dalam memaksimakan kadar dari kemewahan dan kesenangan harta.

2. Adapun Ekonomi Islam: Dari segi penjagaannya untuk meguruskan harta(iaitu dalam aktiviti ekonomi) secara semulajadinya tidak mungkin berlaku melainkan dengan harta. Maka ia tidak mengabaikan aspek kerohanian pada kewujudan manusia. Sebagai khalifah di muka bumi,segala cara pengimarahan bumi mestilah dengan keredhaanNya. Segala prinsip ta’aun(saling tolong-menolong) dan takamul(saling lengkap-melengkapi) dapat menolak segala pertentangan dan percanggahan.

Ciri-ciri Ekonomi Islam.
1. Harta adalah milik Allah dan manusia hanyalah dilantik oleh Allah untuk memakmurkan bumi.
i.        Perspektif keagamaan ini adalah asas yang dikaitkan dengan harta dan ini adalah intipati pengsyariatan yang berkaitan dengan ketuhanan. Telah didatangkan dengan dalil yang jelas dalam al-Quran dan Hadis.Firman Allah S.W.T:
           هو أنشأكم من الأرض واستعمركم فيها[1]
Maksudnya: “Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya.”
Dan firman Allah:
ءامنوا بالله ورسولهۧ وأنفقوا مما جعلكم مستخلفين فيه ۖ  فالذين ءامنوا منكم وأنفقوا لهم أجركبير[2]
Maksudnya: Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan infakkanlah di jalan Allah sebahagiaan dari harta yang Dia telah menjadikan kamu sebagai penguasanya (amanah). Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menginfakkan (hartanya di jalan Allah) memperoleh pahala yang besar

2. Saling menyempurna dan lengkap.
i.        Sistem Ekonomi Islam mempunyai hubung kait dengan akidah islamiyah yang dibuktikan dengan fikrah kejadian iaitu Allah S.W.T adalah pemilik yang memiliki kesemuanya.PadaNya ada hukum-hukum dan perintah-perintah.Firman Allah yang membuktikan Dialah pemilik kekal:
لله ملك السمٰوٰت والأرض وما فيهنۚ[3]
Maksudnya: “Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya.”

3. Hubungkait dengan penilaian akhlak.
i.           Syariah mementingkan akhlak dengan mengambil berat tentang segala yang diwajibkan dan diharamkan. Ini adalah pendekatan yang kuat melalui akidah, ibadah, muamalat dan akhlak. Keistimewaan ini lengkap dengan ta’aun, takamul dan penjagaan kepada orang yang memerlukan.Firman Allah yang berbunyi:
ولا تأكلوٓا أموٰلكم بينكم بالبٰاطل وتدلوا بهآ إلى الحكّام لتأكلوا فريقا من أموٰل الناس بالإثم وأنتم تعلمون[4]
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

4. Pengukuhan keseimbangan antara kepentingan individu dan kepentingn rakyat.
i.           Ekonomi Islam membuat pilihan yang adil dalam menyeimbangkan semua kepentingan dan tidak mewujudkan percanggahan antara keduanya. Seperti firman Allah:
وكذلك جعلناكم أمة وسطا[5]
Maksudnya: “Dan demikian (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan    yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil.”


[1] Surah Hud: ayat 61.
[2] Surah Al-Hadid: ayat 7.
[3] Surah Al-Maidah: ayat 120
[4] Surah Al-Baqarah: ayat 188.
[5]  Surah Al-Baqarah: ayat 143.



Rujukan: Kitab Al-Masorif Al-Islamiah