Monday, August 8, 2011

* .:: A.H.L.E.E.N Y.A R.A.M.A.D.H.A.N ::. *

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
  Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa ( al-Baqarah: 183 )
Bulan Ramadhan, bulan yang di nanti-nantikan kita semua sebagai bonus untuk kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Sungguh besar rahmat Allah sehingga memberi jalan kepada hambanya untuk terus menyuburkan tanaman di dunia ini membuahkan hasil yang banyak di akhirat kelak. 
Dari Abu Hurairah R.A :
Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, " Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya. Pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka. Pintu-pintu Neraka ditutup dan syaitan diikat. Juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa

1) Bulan Ramadhan = bulan diberkati, bulan berpuasa.
2) Kelebihan bulan Ramadhan = pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup,satu malam yang lebih baik dari seribu bulan ( LAILATULQADAR )
3) Peringatan = Siapa yang tidak memperoleh kebaikannya, tidak memperoleh apa-apa.
" SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN "
-hamba meraih cintaNYa-








Sunday, July 24, 2011

* :: Cinta Kita Bersatu :: *

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum kepada semua..


Sebelum jam menunjukkan tepat 6 petang, ingin saya menconteng blog yang telah bersawang dek kerana telah lama tidak menjengah.. Alhamdulillah, pada 27 Mei 2011, telah termeterailah ikatan 2 hati antara saya dan suami tercinta, Salman bin Samat. Tepat jam 9 malam, suami melafazkan akad nikah, di persaksikan 2 orang saksi ditambah lagi tetamu yang hadir yang turut menjadi saksi kami.. :). Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir pada malam nikah kami..

Dup dap..dup dap.. jantungku berdebar2..sungguh! malam itu semuanya saya rasa tidak kena. Duduk tak senang, berdiri lagilah tak senang. Rasa ingin berlari-lari untuk menghilangkan keresahan itu. Alhamdulillah majlis tersebut telah selamat berjalan dengan lancar..

Walaupun majlis di adakan secara sederhana, tetapi tetap meriah kerana adanya kehadiran saudara mara dan rakan taulan.. Syukran jazilan.. Nasihat saya kepada rakan2, biarlah majlis yang kita adakah itu kecil-kecilan, asalkan keberkatan Allah yang sangat besar dimiliki..

Opss..sudah melebihi masa ni.. Sebenarnya sekarang adalah masa untuk memandikan cik Myvi.. Oklah..setakat ini sahaja, inshallah bersambung lagi akan datang.Saya tinggalkan dengan sedikit gambar semasa majlis akad nikah kami :)  Salam.. :D

hantaran ini biasa-biasa saja, tetapi saya sangat suka!

pasti abg juga berdebar..hehe :D

Saturday, January 29, 2011

~ Orientasi Pelajar Baharu KPli SR dan KPLi j-Qaf di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka ~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, tepat jam 10.30 mlm smlm saya sampai ke rumah..Perjalanan dari Melaka ---> Kuala Lumpur ---> Kuantan, amat memenatkan.. Tambahan pula tiket ke Kuantan dr Melaka sudah habis.. Sebab tulah saya terpaksa ambil bas ke KL untuk mendapatkan tiket ke Kuantan..

Syukur juga saya panjatkan atas hadrat Ilahi kerana terpilih sebagai guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Walaupun masa yang di berikan untuk menyelesaikan semua urusan terlalu singkat, alhamdulillah semua urusan pendaftaran berjalan dengan lancar.

Kepada rakan-rakan yang telah di tempatkan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, saya doakan semoga semuanya di permudahkan urusan dan gembira selalu. Untuk KPLi SR, terdapat 3 opsyen iaitu Bahasa Inggeris 1, Bahasa Inggeris 2, Bahasa Inggeris (SKJT) dan Pra-Sekolah. Manakala untuk KPLi J-QAf pula terbahagi kepada 3 opsyen iaitu Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Islam+Pendidikan Khas.

Yang istimewanya, walaupun ipg ini hanya menempatkan guru pelatih perempuan sahaja namun untuk KPLi j-Qaf sahaja, ipg menerima guru pelatih lelaki. Ini kerana mereka hanya berada di kampus semasa orientasi dan cuti sekolah untuk mengikuti kursus.Alhamdulillah orientasi kampus selama 4 hari telah tamat., dan kami diberi cuti selama seminggu untuk menyelesaikan semua urusan yang berbaki.

Di kalangan guru-guru pelatih KPli, yang paling muda adalah berumur 23 thn.. Dan yang paling tua berumur 31 thn.Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati sayalah satu-satunya guru pelatih yang paling muda.. Bukan mudah untuk mengikuti Kursus Perguruan ini. Ada yang sudah memohon 5 kali untuk mengikuti kursus ini. Dan akhirnya di pilih untuk kali yang ke 6.. Di kalangan guru pelatih KPLi, ada yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Dan ada juga yang akan mengakhiri zaman bujang mereka pada bulan hadapan. Namun, syarat untuk guru pelatih perempuan yang sudah berumah tangga adalah " tidak dibenarkan mengandung ". Sekiranya mereka di dapati mengandung, mereka akan ditangguhkan pengajiannya.

Mengenai kotrak pula, sekiranya kami ingin berhenti setelah mengikuti kursus ini, kami di kehendaki membayar sebanyak rm 60,000 bagi KPli j-Qaf dan rm 80,000 bagi KPLi SR kepada kerajaan.. Jadi, keputusan muktamad di tangan guru-guru pelatih untuk memilih kerjaya sebagai seorang guru di kursus ini atau memilih kerjaya lain. Kami di beri tempoh sebulan untuk membuat pilihan samada untuk menerima atau menolak tawaran kursus ini..

Akhirnya, sekian sahaja untuk kali ini. Ikuti sambungannya pada post akan datang.

 Wassalam..

Friday, January 7, 2011

~:: debaran kian terasa ::~

Bismillahirrahmanirrahim...masa untuk Update blog~

" Nor Faizah Sarani Noorul Hidayah Norien BintHawa Syarifah Nurul Nadiah Farhana Rahmat Natasyashazlin Abdullah sila check perubahan tarikh pengambilan KPLI SR n j-QAF...."

 Itulah mesej Fb yang di tag oleh salah seorang rakan saya. Makluman berkenaan pindaan tarikh pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah(KPLI) Sekolah Rendah dan J-Qaf 2011.. Tarikh pengumuman keputusan temuduga KPLI pada 22 Januari 2011 di pinda ke tarikh 17 Januari 2011. Apakah keputusan yang bakal saya peroleh nanti?

Adakah.......


" Tahniah, permohonan anda berjaya "


atau


" Maaf, permohonan anda tidak berjaya. "

Ya Allah semakin berdebar menanti saat itu..Saya redha dengan ketentuan itu nanti..Allah lagi mengetahui yang terbaik untuk hambaNya..


  اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

Kepada rakan-rakan seperjuangan..semoga kita sama-sama berjaya.. Andai bukan untuk kita di saat ini, pasti akan di gantikan dengan yang lain pada masa akan datang..

"tut tut..tut tut..."
-------> reminder berbunyi menandakan masa untuk tidur...
Alamak..masa tidur dah sampai..Ok..Jumpa lagi..


sekian, terima kasih..

p/s: Bismillah..Allahumma bismika ahya wa amut...
zZzZzZZzZzZ... 

Wassalam...







Saturday, January 1, 2011

~:: Kenangan bersamamu Kaseh ::,~

Assalamualaikum..

Hari ini 1/1/2011.. Tahun baru kali ini, apa azam kawan-kawan? Moga-moga perancangan tahun ni berjalan dengan lancar.Tahun ni kawan-kawan sebatch kebanyakannya mempunyai perancangan utk mengakhiri zaman bujang mereka. Dari 26 orang yang single, sekarang dah tinggal 24 orang. Mungkin tahun ni akan berkurang lagi menjadi 15.haha~ Ramainya..Apa-apa pun semoga kalian gembira kawan-kawan..Cepat-cepatlah sempurnakan agama dengan perkahwinan..

Baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani;

“Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah seorang wanita solehah, sesungguhnya Allah telah menyempurnakan sebahagian imannya, maka bertaqwalah dengan sebahagian yang berbaki”.

Post kali ini bukanlah bertujuan untuk membincangkan perihal perkahwinan..Tapi ada sedikit coretan untuk tatapan semua berkenaan Jordan. Iaitu tempat saya mengutip permata2 syurga.. Jauh perjalanan luas pengalaman..Jom layan........ :)

 "Entrance" --> Universiti Yarmouk

Dairah Rois Jamiah (Pejabat Pengarah Universiti)
Di atas bangunan tu adalah gambar King Abdullah II (King of The Hashemite Kingdom of Jordan)

 Kuliah Tarbiah yang menempatkan pelajar jurusan pendidikan.

Kuliah Hasub.Bersebelahan bab syamali Jamiah (pintu keluar masuk utara Universiti)

Gambar ini diambil dari bangunan Kuliah Iqtisod (ekonomi ). Bangunan di hujung sana adalah bangunan Kuliah Adab . Jauh kan??....terpaksa berjalan laju-laju ke setiap kuliah (kalau laki,berlari la)..penat~~

Wajah Pemimpin Jordan, King Abdullah II ada di mana-mana. Hatta di kedai runcit kecil di pedalaman..Sangat teruja (^_^)

Inilah masjid Universiti. Suara Imam Syeikh Ma'mun (lecturer universiti) membuatkan makmumnya sentiasa khusyuk beribadah..Tempat saya study di kala exam menjelang...

Yang mana satu betul-betul arab?hehe..(rindu kenangan itu)

 Deretan kedai berhadapan Universiti..Nak lintas ke seberang sana perlu guna nafaq (terowong bwh tanah)


Ok, itu saja paparan kali ni. Inshallah akan datang kita lihat makanan Jordan pula..Sebenarnya banyak lagi gambar tempat-tempat kat sekitar Irbid, Jordan ni. Tak pe, kita upload sikit-sikit ye..Kalau nak juga, boleh mintak sendiri kat saya..hehe..da~

Allahu A'lam..